.:: INFO ::.

ANNOUNCEMENT...... Tujuan blog ini adalah untuk saling ingat-memperingati antara satu sama lain sahaja. Jauh sekali untuk mengata atau mengutuk.... HARAP MAKLUM!!!!!!

Sunday, January 30, 2011

Bidadari - Munif Ahmad



Bidadari bidadari,

Temanilah resahku,

Bidadari bidadari,

Tenangkanlah jiwaku.

Cinta setia, hidup mati,

Selamanya,

Kerna kau isteriku,

Isteriku tercinta,

Pelengkap rusuk kiriku.

Bidadari bidadari,

Jadilah pendampingku,

Bidadari Bidadari,

Jadilah sang setia.

Kerna cinta,

Cinta suci,

Ertinya tidak pernah sepi,

Sepi daripada,

Cubaan yang tak terduga.

Kau umpama bintang utara,

Penunjuk jalan yang terang,

Kau beri harapan,

Saat ku jatuh bangun semula.

Kau berikan sakti cintamu,

Penawar racun berbisa,

Dan ikatan kita,

Cinta abadi hanya di Syurga.

Lirik Bidadari - Munif Ahmad

Wednesday, January 26, 2011

Ya Allah..........

Ya Allah......

Bila hamba bertemu dengan seseorang dan hamba jatuh cinta

Izinkanlah hamba menjadi yang terbaik baginya dan dia yang terbaik bagi hamba

Ya Allah......

Bila Hamba menjadi suami seseorang

Izinkanlah diri hamba menjadi pelindung baginya

Izinkanlah wajah hamba menjadi kesenangan baginya

Izinkanlah mata hamba menjadi keteduhan baginya

Izinkanlah setiap perkataan hamba menjadi kesejukan baginya

Ya Allah......

Izinkanlah setiap pelukan menjadi jalan untuk lebih mendekat kepadaMu

Izinkanlah setiap sentuhan menjadi pelekat cinta kepadaMu

Izinkanlah setiap pertemuan menjadikan kami bersyukur kepadaMu

Ya Allah......

Izinkanlah hati yang sangat halus ini tidak pernah merasa tersakiti

Izinlanlah hati yang rentan ini tidak pernah merasa terkhianati

Ya Allah......

Jiwa kami ada dalam genggamanMu

Maka izinkanlah jiwa kami selalu bertaut dalam cintaMu

Ya Allah......

Permintaan terakhirku, semoga kami berdua selalu berada dalam perlindunganMu

Saturday, January 08, 2011

Cinta tak perlukan sebab.........

Sepasang suami isteri berjalan di tepi tasik yang indah.Si isteri kemudian bertanya kepada suaminya..ini antara dialog yang berlaku:

Isteri: Mengapa abang menyukai ayang? mengapa abang cintakan ayang?

Suami: Abang tak boleh menerangkan sebabnya..namun abang memang benar-benar cintakan ayang.

Isteri: Abang tak boleh terangkan sebabnya? Macamana abang kata abang cintakan ayang kalau abang tak boleh terangkan sebabnya?

Suami: Abang betul-betul cintakan ayang, abang tak boleh bagi sebabnya tapi abang oleh buktikan yang abang cintakan ayang.

Isteri: Tak boleh, tak nak bukti. Kawan-kawan ayang semuanya suami mereka boelh terangkan sebab mereka cintakan isteri mereka.

Suami: mmmm...baiklah..abang cintakan ayang sebab ayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga cintakan ayang kerana senyuman manis ayang, setiap langkah ayang, disitulah cinta abang bersama ayang.

Maka tersenyum puaslah si isteri dengan penjelasan suaminya...

Beberapa hari kemudian, si isteri kemalangan dan koma. Suami berasa amat sedih dan telah menulis sepucuk surat lalu diletakkan di tepi katil isterinya. Surat itu berbunyi begini....

'Ayang, jika kerana suaramu aku mencintaimu, sekarang bolehkah kau bersuara? Tidak. Oleh itu abang tidak boleh mencintaimu'

'Ayang, jika kerana kasih sayang dan ingatanmu aku mencintaimu, sekarang bolehkah kau melakukannya? Tidak. Oleh itu abang tidak boleh mencintaimu.'

'Ayang, jika kerana senyumanmu aku mencintaimu, sekarang bolehkah kau tersenyum? Tidak. Oleh itu abang tidak boleh mencintaimu'

'Ayang, jika kerana langkahmu aku mencintaimu, sekarang, bolehkah kau melangkah? Tidak. Oleh itu abang tidak boleh mencintaimu'

Jika cinta memerlukan sebab, sekarang abang tak punya sebab untuk mencintaimu. Adakah cinta memerlukan sebab?Tidak. Abang tetap mencintai ayang dulu kini dan selamanya.

kerana kadangkala perkara yang terindah dan tercantik itu tidak boleh dipegang atau dilihat...tetapi ia boleh dirasai di dalam hati..

Bercintalah kerana Allah :-)

Thursday, November 25, 2010

KOS KAHWIN

Antara sebab2 kenapa pengantin risau untuk BERKAHWIN

Khas Untuk Orang Bujang Dan Yang Merancang Untuk Kahwin.


Apa yang Orang Bujang Mesti Tahu Tentang Kos Kahwin ?

Anda tahu perkahwinan tu yang paling penting adalah ijab, qabul, anda, pasangan anda, saksi dan wali. Err… dan juga sijil pra-perkahwinan dan ujian HIV. Maskahwin boleh hutang tapi siapa berhutang janganlah bernafsu sangat untuk sentuh-sentuh anak dara orang oooi… Mengadakan kenduri kahwin adalah perkara yang sangat dianjurkan sekalipun hanya dengan menyembelih seekor kambing. Tetapi budaya di Malaysia, susahlah nak cukup dengan perkara macam tu sahaja.

Mari kita lihat apa yang perlu anda sediakan beserta ongkosnya sekali.

(Ini adalah kos anggaran untuk kebanyakan daripada kita. Status Siti Nurhaliza tidak masuk ya.)

Kos # 1 - Maskahwin

Ini kena rujuk negeri sebelah perempuan. Walaupun nilainya (dari sudut kos) rendah, tapi kalau anda terlupa sediakan susah juga tu. Kalau berhutang, isteri ada hak kata, “Nehi kanda…!” bila anda cuba usik-mengusik.

Kos # 2 - Duit Hantaran

Ini bergantung kepada keluarga. Tetapi pengalaman saya apabila mengadakan seminar-seminar keusahawanan di universiti, bila ditanya isu ini, paling sikit siswi-siswi ni minta wang hantaran adalah RM 10,000. Level Diploma pun diorang dah mintak begitu tau sekarang. Ada juga keluarga ikut nilai hantaran seperti mana yang telah ditetapkan sebelum ini macam perkahwinan kakak / adik perempuan sebelum ini. Duit hantaran ini ada keluarga jadikan ia duit belanja hangus. Ia digunakan untuk kos kenduri. Ada juga keluarga yang berikan semua kepada pengantin perempuan.

Kos # 3 - Barang kemas seperti cincin perkahwinan dan lain-lain.

Kosnya berubah-ubah mengikut harga pasaran emas. Siapa yang melangsungkan perkahwinan waktu harga emas tengah tinggi nasib lah. Sediakan lah sekitar RM 3,000 - RM 5,000.

Kos # 4 - Barang hantaran lain

Kasut. Baju. Kek. Buah. Telekung. al-Quran. Sirih. Coklat. Standard lah tuh. Yang tak ikut standard adalah seperti handphone, PS3, laptop. Sediakan lah sekitar RM 1,000 untuk barang hantaran standard. Itu belum campur kos buat perhiasan barang hantaran.

Kos # 5 - Baju nikah

Selalunya baju ini ditempah. Boleh pakai masa hari raya yang pertama sebagai suami isteri.

Baju lelaki selalunya lebih murah dari baju perempuan. RM 200 - RM 600.

Kos # 6 - Baju Bersanding / Baju Pengantin

Baju ini selalunya disewa. Cukup-cukuplah tu jadi raja. Kita layak jadi raja sehari je. Baju tu tak pakai dah di waktu lain melainkan anda mengidam nak bernikah lagi. RM 1,000 - RM 2,500.

Kos # 7 - Mekap

Selalunya dipakejkan dengan set baju pengantin. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan. RM 200 - RM 500.

Kos # 8 - Set Pelamin

Selalunya dipakejkan bersama set baju pengantin dan mekap. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan. RM 500 - RM 1000.

Kos # 9 - Jurugambar

Takkan lah nak suruh jurugambar biasa-biasa ambil kan gambar untuk anda. Ini hari istimewa anda bukan? RM 1000 - RM 3000

Kos # 10 - Duit untuk jurunikah dan saksi

Perkahwinan di Selangor ada duit yang perlu anda bayar kepada jurunikah dan para saksi. Sila rujuk ke pejabat agama negeri masing-masing. Kos sekitar RM 150.

Kos # 11 Kad Jemputan

Ada yang murah dan ada yang mahal. Paling murah photostat sendiri. Ada orang kisah kita jemput guna sms, email dan website. Ada orang yang tidak. Mahu kad juga. Kalau satu kad RM 0.50 / kad dan kalau jemputannya dah 1000 orang ? Style sekarang selalunya dibuat sekali untuk kedua-dua pihak. RM 500 - RM 3,000 Ini adalah kos yang selalunya ditanggung oleh pengantin sahaja dan tidak membabitkan keluarga. Jumlahnya (mengikut anggaran kos terendah) adalah RM 17,550 Dan berikut adalah kos yang selalunya ditanggung bersama oleh keluarga (tidak semestinya). Jadi kalau ibu bapa minta anda bayar kan juga, kena lah bayar juga. Kan ini kenduri untuk anda.

Kos # 12 Duit khemah / Sewa dewan

Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran. Sewa khemah adalah lebih murah dari menyewa dewan. Tapi tak semua orang ada halaman rumah yang sesuai untuk kenduri. RM 2,500 - RM 10,000

Kos # 13 Duit makan kenduri

Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran. Masak sendiri adalah lebih murah dari catering. Tetapi lebih banyak guna tenaga kerja. Kalau di kawasan lembah Klang dapat catering menawarkan RM 10 / kepala dah cukup rendah dah tu. RM 10,000 - RM 20,000

Kos # 14 Bilik pengantin

Katil. Cadar. Tilam. Almari. Langsir. Ada keluarga yang dah ada “bilik pengantin” khas. Jadi, selagi mana tiada pasangan adik-beradik lain yang akan berkahwin, maka “pengantin baru” akan menghuni di situ. Yang kena beli semua, ingat murah ka? RM 1,500 - RM 5,000.

Kos # 15 Doorgift

Gula-gula. Telur. Sapu tangan. Apa - apa lah. Walaupun kosnya barangkali cuma RM 1 / item tapi kalau dah tetamunya mencecah 1000 orang ? Untuk sedara lagi. Untuk keluarga sebelah sana lagi. RM 1000 - RM 3000.

Kos # 16 Untuk bertandang ke rumah pihak satu lagi

Kalau dekat, satu kampung ok lah. Kalau perlu merentas beberapa negeri? Duit minyak. Duit Tol. Duit hotel / homestay. Duit makan. Anda minta saudara anda meriahkan majlis anda, tapi bukan semua mereka ada kereta sendiri dan cukup wang untuk menemani anda kalau tidak disediakan duitnya. Itu yang kadang-kadang mereka “menolak” pelawaan anda. Ia berbeza mengikut lokasi. Sediakan lah RM 500 sebagai jumlah minima.

Kos # 17 Contigency

Adakalanya duit yang digunakan terlebih dari belanjawan asal. Sediakan lah sekitar 5 - 10% dari jumlah belanjawan yang asal. Dalam pengiraan kita ini, RM 3000. Jadi, kos yang pada kebiasaannya ditanggung oleh pengantin RM 17,550 (jangan lupa tolak nilai duit hantaran bagi pengantin perempuan) Dan, kos yang boleh bincang dengan keluarga RM 15,500

Dan, kos untuk kecemasan RM 3,000

Maka anda perlu sediakan anggaran belanjawan perkahwinan sekitar RM 36,050 ……

Haaa!!

Umak Aih!

Psst. Tutup mulut tu abang long.

Amacam ?

Berani beli kereta baru ?

Berani simpan 10% je dari pendapatan bulanan ?

Berani tak mahu buat business part time ?

Berani tak mahu belajar investment ?

Walaupun boleh kongsi dengan pasangan, paling kurang pun kena ada duit untuk tanggung separuh kos dan dalam pengiraan ini adalah sebanyak RM 18,000.

Ini belum campur kos-kos renovation rumah yang dibuat bagi sesetengah keluarga. Juga belum campur kos memanjakan diri ke spa-spa dan juga berbulan madu. Kalau nak berhutang kahwin sampai anak sulung berumur 7 tahun baru selesai bayar dekat bank, terus-teruskan lah dengan gaya hidup anda yang tidak mahu menyimpan dan suka menambah liabiliti tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...