.:: INFO ::.

ANNOUNCEMENT...... Tujuan blog ini adalah untuk saling ingat-memperingati antara satu sama lain sahaja. Jauh sekali untuk mengata atau mengutuk.... HARAP MAKLUM!!!!!!

Tuesday, August 24, 2010

just 4 you....

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang... :(

Monday, August 23, 2010

entah laa

Malam neh tetiba jer tingat kembali first time ku kenal dia... waaaa bukan main malu lg.. sepatah tanya sepatah la ku jawab huhu.. tp itu dulu laa skarang xsempat dia jawab ku dah tanya hehehee.... masa berlalu begitu pantas.. sudah hampir 3tahun lebih ku mengenali dia.. masing2 sudah mengenali hati masing2.. ku sangat bahagia n senang besama dia... rindu n sayang semakin membuak2 (waa ayattt.. gila laaa) huhuhu...

p/s : jiwang karat laa plak mlm neh... hehe :D

Iftar at UIA

salam ramadhan semua... pada 21hb yang lalu... tringin nak berbuka kat luar kebetulan pula shafarizan ajak berbuka sekali so mmg best laaa.. cadang nak berbuka kat Sri Ayu gombak jer.. sekali faiz bg cadangan berbuka kat UIA, makan nasi arab... emm kitorang on jer laa.. lg pon p naek keta shafarizan so xdak masalah laaa huhuuuuu.... belanja makan ari neh lebih kurang RM10++ sorang tp rasa macam belanja RM20++ sangat kenyang dan puas makan heheheee...





lepas makan kitorang solat maghrib kat masjid dlm UIA tu ape nama xtau heheheee..... pastu balik umah huhuhu.... teraweh kat umah jer... sebab masing2 dah macam ular sawa kekenyangan heheheee....

Tuesday, August 17, 2010

Gelombang keadilan

Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati

Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezhaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera

Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat syurga...

munsyid : Shoutul Haroqah

Oh perasaan

Wahai perasaan...
ku layarkan bersamamu sebuah harapan
kesamudera penuh godaan
sang camar beriringan menunjuk jalan
agar aku tak kesesatan dilambung gelombang
atau kehilangan arah jalan pulang
wahai perasaan yang tak pernah terpuaskan
kemana lagikah haluan harusku halakan??
akhirnya dalam pelayaran belum berkesudahan
kutemukan sebuah pelabuhan
untuk kupujukmu wahai perasaan
Oh Tuhan.... berikanku percikan NurMu
agar aku tak kesesatan... dan tahu jalan pulang!!!

Tuesday, August 10, 2010

Beautiful life..

Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya kepada gurunya. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

PELAJAR: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

CIKGU: Ok kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang, kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di hadapan kamu. Pilih yang PALING CANTIK tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. Dah petik rumput yang PALING CANTIK, bawa ke kelas.

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya. Cikgu bertanya, kenapa tiada rumput yang dipilih?

PELAJAR: Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada yang cantik tapi cikgu cakap petik yang paling cantik, maka saya terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai dipenghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada diantara rumput di belakang saya rumput yang paling cantik tapi cikgu cakap jangan menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

CIKGU: Ya itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik dari dia. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik2nya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah paling cantik dan paling baik. Walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.......

Cerita ni dapat menyedarkan kita bahawa hargailah orang di sekeliling kita. Pada yang sudah berpunya dah bersuami-isteri.. hargailah mereka. Jangan sesekali kita mencuranginya kerana Allah telah menemukan orang yang baik dengan orang baik yang lain. Pada yang masih belum berpunya carilah rumput yang paling cantik, setelah kita berjumpa janganlah sesekali kita mencari yang lain kerana rumput yang kita pilih itulah jodoh kita.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...