.:: INFO ::.

ANNOUNCEMENT...... Tujuan blog ini adalah untuk saling ingat-memperingati antara satu sama lain sahaja. Jauh sekali untuk mengata atau mengutuk.... HARAP MAKLUM!!!!!!

Tuesday, October 11, 2011

Jawatan Kosong Dikehendaki Segera!!!

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.


TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil, termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat, Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.

ANDA WAJIB KAHWIN!!

Anda wajib kahwin!!..kenapa? antara 10 tanda-tandanya


-Cinta bertambah indah dengan ikatan pernikahan..-


1. Sunyi di hati walaupun dikelilingi ramai orang

“Dan kahwinkanlah orang yang bersendirian di antara kamu dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya; dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah an-Nur: 32)
Perasaan sunyi dan sayu merupakan sindrom paling kerap menimpa manusia yang kosong hatinya daripada mengingati Allah. Kesunyian ini bermaksud hati terasa kosong dan wujud perasaan sepi sehingga boleh membawa kepada penderitaan, kepiluan serta kesedihan. Usahkan diri mereka yang mengalaminya, orang yang melihat juga akan berasa kesedihan tersebut.

Apabila seseorang itu berasa sunyi sekalipun terdapat ramai orang di sampingnya, maka itu adalah tanda pertama bahawa dia sudah sampai waktu untuk berkahwin. Kawan yang ramai bergelak ketawa tetapi jenaka dan lelucon itu tetap tidak dapat mengubat kekosongan di hati. Ini lantaran wujud ruangan vakum yang perlu diisi oleh seseorang yang dipanggil sebagai ‘buah hati’. Apabila didatangi perasaan sunyi yang pelik ini, maka ketahuilah bahawa perkahwinan itu sudah diwajibkan bagi mencegah kejadian dan penyakit lebih berat.

Semut ohh semut....

Mengapa semut berhenti sekejap ketika bertemu dengan semut yang lain?


Semut yang kelihatan “berlaga kepala” ketika bertemu itu sebenarnya sedang berkomunikasi. TC Schneirla, seorang saintis di Universiti New York, pernah mengadakan eksperimen pasal semut. Dia mengambil seekor semut kemudian diletakkan dalam tempat yang berisi makanan. Semut lain diletakkan dalam bekas yang mengandungi semut-semut musuh. Kemudian kelakuan kedua-dua semut ini diperhatikan terutama ketika bertemu dengan rakan-rakannya di jalan.

Monday, October 10, 2011

Wahai anak Adam!

Sekujur tubuh terbaring, muka pucat, sejuk, beku dan kaku tidak bermaya.Tapi nun di satu sudut, rohnya masih berada di sisi jasad memperhatikan saja tubuhnya di perlakukan orang. Sewaktu semua perhiasan dan pakaian yang di banggakan dulu di bukakan maka terdengarlah roh menjerit-jerit, merintih dan merayu. Semua makhluk mendengar jeritan kecuali jin dan manusia.

“Wahai orang yang memandikan, ku minta kepadamu kerana Allah, supaya melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan. Sebab pada saat ini aku baru saja beristirahat daripada seretan malaikat maut…!”

Oleh itu, ketika hendak menanggalkan pakaian-pakaian saudara kita yang yang telah meninggal sebaiknya dilakukan dengan perlahan. Jika susah untuk dibuka, gunting saja pakaian tersebut. Orang yang meninggal dunia (yakni ketika roh di cabut oleh malaikat maut), sakitnya seperti di tikam 300 kali. Walaupun pada lahirnya tubuhnya masih sempurna tapi pada hakikatnya tubuh tersebut telah hancur luluh.

7 PERKARA GANJIL...

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

" Golongan yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Sunday, October 09, 2011

3 punca utama golongan muda kahwin lewat



KANGAR: Pendidikan tinggi, kerjaya hebat dan pendapatan besar adalah punca utama menyebabkan golongan muda di negara ini memilih untuk berkahwin lewat tanpa menyedari perbuatan itu memberi kesan terhadap sistem demografi dan kesihatan.Pemangku Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Hairil Fadly Mat Akir berkata, fenomena kahwin lewat adalah antara isu berkaitan golongan penduduk muda yang sedang diberi tumpuan.

Berucap merasmikan program sambutan hari penduduk sedunia 2008 peringkat negeri Perlis yang bertemakan “Memperbaharui Komitmen” di Pauh dekat sini hari ini, beliau berkata, isu-isu berkaitan perlu dikupas untuk diketengahkan kepada penggubal dasar, para perancang dan pengurus program untuk diambil kira dalam perancangan pembangunan negara.

“Isu kependudukan ini amat penting difahami kerana mereka turut sama menjayakan usaha perancangan dan penggubalan dasar demi meningkatkan kesejahteraan penduduk dan masyarakat di negara ini,” katanya.

Hairil Fadly berharap setiap agensi pelaksana sentiasa peka kepada kebolehan dan keperluan penduduk muda dalam proses perancangan dasar dan program.

“Dasar dan program yang sedia ada perlu diteliti supaya lebih peka dan mesra remaja, contohnya kerajaan telah bersetuju untuk memantapkan lagi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) menerusi modul yang akan menitikberatkan kesihatan reproduktif dan seksualiti remaja, kesaksamaan gender dan nilainilai kekeluargaan bermula Januari ini,” katanya.

Forum sehari itu berlangsung d Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Pauh dihadiri lebih 250 peserta yang terdiri daripada para pegawai kanan kerajaan. BERNAMA

Saturday, October 08, 2011

Lelaki kahwin lewat anak kurang bijak



Usia bapa jejas keupayan intelek kanak-kanak: Kajian

WASHINGTON: Kromosom kanak-kanak daripada lelaki berkahwin lewat didapati tidak normal hingga lemah dari segi intelektual, dipercayai disebabkan usia bapa yang lanjut. Kromosom tidak normal adalah disebabkan oleh beberapa variasi nombor salinan atau ‘CNV’, merujuk kepada struktur beberapa keadaan menyebabkan kehilangan atau kesilapan susunan DNA dalam sel.

Perkara itu boleh diwarisi atau berlaku secara tiba-tiba dan menjadi punca biasa penyakit. Pasukan penyelidik melakukan analisis secara sistematik dan menemui banyak CNV dalam hampir 3500 orang yang hilang upaya intelektual antara 2006 dan 2010.

Mereka mendapati, CNV yang berlaku secara tiba-tiba dan tidak diwarisi membabitkan 227 orang yang bermakna keadaan itu wujud dua kali ganda daripada biasa sama seperti bagi mereka yang mempunyai autisme dan tiga kali ganda di kalangan mereka yang menghidap penyakit asma.

Analisis seterusnya untuk menentukan CNV asal di kalangan data daripada 118 orang mendapati 90 kes berasal daripada bapa dan tiga suku daripadanya kehilangan turutan DNA.

Penyelidik kemudian membahagikan responden memiliki CNV kepada dua kumpulan iaitu mereka yang mempunyai gen DNA berulang-ulang dan mereka yang tidak mempunyai DNA berulang-ulang.

Penyelidik turut membandingkan usia ibu bapa dalam dua kumpulan itu dengan mereka yang tidak mempunyai masalah hilang upaya intelektual.

Kumpulan tidak mengalami DNA berulang-ulang, golongan paling ramai membabitkan lelaki pada usia lanjut yang memberi petunjuk kepada bagaimana memahami sebab CNV terbentuk, kata penulis.

Kesimpulan yang dibuat ialah peningkatan CNV baru tidak hanya disebabkan oleh DNA lelaki tetapi usia bapa juga memainkan peranan, kata penulis.

“Sebagai rumusan, data kami buat pertama kalinya meyakinkan bukti bahawa faktor CNV bapa paling besar menjadi faktor kepada kelemahan intelektual,” katanya. Kajian itu disiarkan secara dalam talian oleh Jurnal Perubatan Genetik.

bharian

Wednesday, October 05, 2011

SYAITAN PUN TAKUT....



SAMA-SAMA AMBIL IKTIBAR DARIPADA KISAH INI.

Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan di waktu subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka syaitan pun sambil tersenyum berkata, "Orang ini memang layak menjadi sahabatku..!"

Begitu juga ketika waktu zohor orang ini tidak mengerjakan solat, syaitan tersenyum lebar sambil berkata, " Rupanya inilah bakal sahabat sejatiku di akhirat nanti..!"

Ketika waktu asar hampir habis tetapi sahabatnya itu dilihatnya masih juga terlalu asyik dengan kegiatannya, Syaitan mulai terdiam......

Kemudian ketika datang waktunya maghrib, sahabatnya itu ternyata tidak solat juga, maka
syaitan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahawa ia seolah-olah sedang mengingat-ingat sesuatu. Dan akhirnya ketika dilihat sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya, maka syaitan itu sangat panik. Ia rupanya tidak lagi dapat menahan diri, dihampirinya sahabatnya itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, "Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita!"

Dengan kehairanan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat?". "Aku takut !", jawab syaitan dengan suara gemetar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada Adam, telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya. Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu !", kata syaitan sambil bergegas pergi..

Tuesday, October 04, 2011

Petua Menjadi Suami Yang Dikagumi Isteri

1. Pasang niat dan berdoa menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.

2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan bagi anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami misali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Pastikan anda ada masa berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

5. Setiap hari pulang dengan senyuman dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja atau ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

7. Telefon isteri ataupun hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) sekadar menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan atau mesej itu.

8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat-menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elak berbual perkara melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali-sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda tampan, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri.

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan cakap tidak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan pastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami misali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja atau tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dengan keluarga isteri. Ada suami memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad saw sebagai contoh. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakkan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Ingatkan isteri lakukan sembahyang fardu dan sunat.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara dan berteras iman serta takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dahulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka. Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isteri. Adalah diharap kita semua dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada apa yang tertulis di sini.


I Love Allah SWT and Prophet Muhammad SAW
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...