.:: INFO ::.

ANNOUNCEMENT...... Tujuan blog ini adalah untuk saling ingat-memperingati antara satu sama lain sahaja. Jauh sekali untuk mengata atau mengutuk.... HARAP MAKLUM!!!!!!

Friday, July 31, 2009

9 Jenis Anak Syaitan..

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun
  • Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.
  • Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin
  • Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'awan
  • Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.
  • Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
  • Berkawan baik dengan kaki botol.
  • Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).
5. Murrah
  • Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah.
  • Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
6. Masuud
  • Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
  • Duduk di pintu rumah kita.
  • Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan
  • Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus
  • Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.
10. Isetan.( YANG PALING BAHAYA DAN DITAKUTI )
  • Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. Terdapat di sekitar Lembah klang, singapore, Beijing & .....
  • Kebaikan: Memberi potongan harga pada Karnival jualan
  • Keburukan: Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta.

Pesanan: Shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an pulak. Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.

Siapakah Si Dia yang Tidak Boleh Dicuri?

Dia tidak meminta bayaran, namun menciptakan banyak kenalan.

Dia memperkaya mereka yang menerimanya, tanpa melaratkan mereka yang memberinya.

Dia terjadi hanya sekejap namun kenangan tentangnya kadang-kadang bertahan selamanya.

Tak seorangpun yang kaya mampu bertahan tanpa dia, dan tak seorangpun yang begitu miskin tetap menjadi lebih kaya daripada manfaatnya.

Dia menciptakan kebahagian di rumah, mendukung niat baik dalam perniagaan dan merupakan tanda balasan dari kawan-kawan.

Dia memberi istirehat untuk rasa letih, sinar terang untuk rasa putus asa dan sinar mentari bagi kesedihan.

Namun dia tidak dapat dibeli, dipinjam atau dicuri kerana dia adalah sesuatu yang tidak berguna sebelum diberikan kepada orang lain.

Siapakah si dia?

Dia-lah yang bernama senyuman

Cerita Pengemis Dan Isteri Cantik

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.''Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu. Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku". Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.

Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis. Suami yang baru itu menjawab dengan tenang: ''Demi ALLAH, akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu".

RASULULLAH S.A.W Bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''.

Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang bermaksud ; ''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''.

p/s: CERITA INI MEMBERI PENGAJARAN BAHAWA HIDUP KITA SEPERTI PUTARAN RODA DAN TIDAK SELALUNYA DI ATAS. ADA MASA DAN KETIKANYA KITA AKAN TURUN DAN KE BAWAH DAN NAIK SEMULA ATAU SEBALIKNYA.

Maafkan Daku...

Mengapa sukar untuk memberi maaf apabila hati sudah terguris? Mengapa tidak mahu melupakan disakiti? Mengapa tidak tenang dan sering berdendam apabila dihina dan diumpat? Andainya kita tidak mampu memaafkan kesalahan orang lain bererti kita belum mempunyai hati yang benar-benar bersih, kita belum menjadi seorang yang rendah hati dam pemaaf. Lunakkan hati dengan renungan ini:

Bila sukar memaafkan kesalahan orang lain bermakna kita ada sifat ego dan sombong yang dimurkai oleh Allah. Siapakah kita yang mahu merasakan diri sebagai ‘tuan’ dan mahu orang lain sentiasa berbuat baik terhadap kita. Bila ada orang membuat kesilapan, siapakah kita untuk marah, berdendam dan berharap dia akan menerima balasan dari perbuatannya.

Setiap orang ada kelemahan dan kekurangan, termasuk diri kita. Kalau hari ini orang bersalah dengan kita, tidak mustahil suatu hari nanti kita pula tersalah dengan orang. Apakah kita jamin yang kita tidak akan membuat salah dan silap? Kalau kita mahu memaafkan kesalahan kita, pasti orang lain pula mengharapkan kemaafan dari kita. Ingatlah bahawa semua yang terjadi ini hakikatnya adalah dari ALLAH jua. Segala kelemahan dan kesalahan manusia terhadap kita adalah ujian dari ALLAH. Dia mahu melihat apakah kita dapat menerimanya dengan sebaik-baiknya. Bila kita tetap marah dan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain pada kita ertinya kita marah pada ALLAH. Kita berkata “ALLAH, tidak patut Kau buat aku begini.”

Bila orang bersalah dengan kita selidiklah apakah dosa yang kita lakukan sehingga ALLAH takdirkan begitu terhadap kita. Bila sedar akan kesilapan dan dosa kita sama ada terhadap manusia atau kecuian kita pada ALLAH, nanti akan datang rasa ‘memang patut dihukum’ dan orang yang melakukan kesilapan terhadap kita hanyalah sebagai perantaraan sahaja.

Bila sedar bahawa segala kejahatan manusia terhadap kita merupakan hukum dari ALLAH, seharusnya kita bersyukur kerana dihukum di dunia. Itu juga tanda ALLAH memberi perhatian kepada kita dan mahu mengampunkan dosa-dosa kita di dunia agar terlepas hukuman yang lebih dahsyat di akhirat. Sepatutnya ini menggembirakan kita sehingga mampu untuk kita memaafkan orang yang bersalah. Seandainya kita tidak mahu memaafkan kesilapan orang, kita tidak untung apa-apa. Apalagi kalau berdendam atau bertindakbalas dan berkasar terhadapnya; maka kita juga akan terjerumus dalam dosa dan mendapat kebencian dari ALLAH S.W.T.

Memberi kemaafan adalah sukar sekiranya kita belum ada sifat kehambaan, yang melihat segala yang berlaku adalah di bawah pentadbiran ALLAH Yang Maha Mengetahui. Kita akan takut untuk marah dan berdendam dengan manusia hanya dengan ujian yang menimpa, kerana bimbang kalau-kalau ujian itu merupakan petanda ALLAH sedang murka terhadap dosa-dosa kita.

Salam Ketemu...

Salam... emmm rasanya agak lama sy xupdate blog neh, bukan apa sebok sket sejak kebelakangan neh, biasa laa sem baru jer buka, nak arrange tima laa, timetable slalu brubah, emmm agak penat juga laaa.... So apa2 pown insyaAllah lps ni bile dah stabil smuanya hari2 ku update blog (wakaka smangat tuh)....

Sunday, July 12, 2009

Mutiara kata

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...