.:: INFO ::.

ANNOUNCEMENT...... Tujuan blog ini adalah untuk saling ingat-memperingati antara satu sama lain sahaja. Jauh sekali untuk mengata atau mengutuk.... HARAP MAKLUM!!!!!!

Friday, July 31, 2009

Siapakah Si Dia yang Tidak Boleh Dicuri?

Dia tidak meminta bayaran, namun menciptakan banyak kenalan.

Dia memperkaya mereka yang menerimanya, tanpa melaratkan mereka yang memberinya.

Dia terjadi hanya sekejap namun kenangan tentangnya kadang-kadang bertahan selamanya.

Tak seorangpun yang kaya mampu bertahan tanpa dia, dan tak seorangpun yang begitu miskin tetap menjadi lebih kaya daripada manfaatnya.

Dia menciptakan kebahagian di rumah, mendukung niat baik dalam perniagaan dan merupakan tanda balasan dari kawan-kawan.

Dia memberi istirehat untuk rasa letih, sinar terang untuk rasa putus asa dan sinar mentari bagi kesedihan.

Namun dia tidak dapat dibeli, dipinjam atau dicuri kerana dia adalah sesuatu yang tidak berguna sebelum diberikan kepada orang lain.

Siapakah si dia?

Dia-lah yang bernama senyuman

2 comments:

  1. Senyuman adalah satu semjata yang boleh membuat hati sekeras aku ini untuk lembut terutama senyuman dari seorang wanita yang ayu. Nukilan di atas amat tepat dan juga menjadi kenangan yang bertahan selamanya.

    P/S: Jiwang gile aku kali ini.

    ReplyDelete
  2. sesekali jiwang aper salahnyer.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...