.:: INFO ::.

ANNOUNCEMENT...... Tujuan blog ini adalah untuk saling ingat-memperingati antara satu sama lain sahaja. Jauh sekali untuk mengata atau mengutuk.... HARAP MAKLUM!!!!!!

Wednesday, September 30, 2009

Renungan Pagi

Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan

Tuesday, September 29, 2009

Mutiara Kata

Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah untuk menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

Sinar Kebahagiaan

Sinar kebahagian kian memancar sinarnya, hehe bahagianya aku hari neh.. dpt melpaskn krinduan.. yer laa semiggu xjumpa asyik call n sms.. dpat tgok muka terubat segala krnduan hehehee... tadi kta org lepak kat kl sentral jer.. borak2, makan2.. pastu balik and than pergi amik motor kat PJ seksyen 19/22.. smpai umah dlm kul 945... rehat badan jap pastu mndi, solat insya.. pastu call mak tnya pasal tok cmner kadaan.. mak ckap dah ok, dah bleh menyembang hehee.. last skali call ct.F.. pnjang juga borak ngan ct.F.. sayang sangat kat ct.F.. "Ya Allah berkatilah perhubungan kami ini..." insan yang istimewa, yang bertahta dihatiku.. dia Permaisuri hatiku.... InsyaAllah.. amin..amin yarobbal alamin.....

Monday, September 28, 2009

Realiti kehidupan...

Emm bukan mudah untuk melupakan kisah silam.... tp kenyataannya kita mesti melupakannya untuk bagi laluan kepada kisah yang akan datang... tetapi entah bagaimana kisah akan datang.. adakah ia serumit dahulu emm... " Ya Allah permudahkan perjalanan hambamu ini... amin"... yang lepas biarkan ia berlalu so skarang aku haruslah melakarkan kisah yang menarik, agar ia menjadi kisah yang terbaik dan terindah buatku... moga kisah ini menjadi realiti dan akan berkekalan hingga akhir hayat InsyaAllah.. "cinta itu sangat indah, bila kita tahu ertinya. Cinta itu sangat romantis, bila kita tahu caranya. Cinta itu sangat misteri, bila kita merumitkannya. Namun cinta itu tetap cinta, walau apa jua cara kita. Cintai Dia kemudian cintakan hambaNya, InsyaAllah cinta mu akan bahagia"

Sunday, September 27, 2009

Selamat Kembali....

Salam kembali… emmm raya sudah berlalu tp rasa mcm baru smalam jer smbut raya… ape leh buat masa berlalu ngan pantas… itulah tanda2 dunia dah nak kiamat… bila kiamat??? Aaaa itu yang kita tak tau…. J Emm aku baru smpai KL pg td… naek bus Purnama Gemilang.. betolak dr kedah kul 1245 tgh malam and smpai kat KL kul 615 pg.. Alhamdulillah selamat sampai.. Turun kat pudu pastu menapak ke masjid jamek naek star turun kat sentul timur plak… ingat nak naek repid skali tggu xsampai2… last skali amik cab jer laa… kena RM4.40.. tp xper jnji smpai umah... smpai jer umah, kemas2 sket lepak jap pastu mandi... waaaa segar & nyaman hanya org yang merasa jer yang tau betapa nikmatnyaaa… lpas2 call ct.F lpas2 call tdoo… kat kul 9 baru bgun….

Thursday, September 17, 2009

Coretan hati

Salam kembali.... 170909... mlm neh mlm yang sedeh sangat xtau laa nape???? entah aper yang aku pikiaqkan ini..... "mati" emmm mati adalah satu perkataan yang sangat digeruni oleh semua makhluk di muka bumi ini tapi yang pasti mati itu pasti akan menjemput kita.... entah bila esok, lusa, minggu depan, bulan depan, atau pown kejap lagi selapas kita OFF laptop neh... bila ia datang, itu yang kita xtahu???.. dalam alquran da sebut "Kullu nafsin zaiqatul maut" yang bermaksud setiap yang bernyawa pasti mati... Pernah anda semua terfikir aper yang akan kita bawa semasa kita mati nanti... adakah cukup amalan kita.. adakah cukup solat kita... adakah cukup puasa kita... itu semua hanya kita diri sendiri jer yang boleh jawab.. jawapan bagi pihak sudah tidak lagi berguna... gunalah sedikit masa yang tertinggal ini sebaik mungkin..... saya teringat satu pepatah " kerjalah kamu didunia seperti mana kamu ingin hidup seribu tahun lagi, beramallah utk akhirat kamu seperti mana kamu akan mati esok hari" (lebih kurang macam tu laa bunyinya sy pown xbrapa ingat)... saya terfikir apa akan terjadi pada saya, pada keluarga saya, pada org yang saya kasihi, sayangi, rindui bila saya tiada nant...sedeh bila kenang begitu... tp apa boleh buat suatu hari nanti mati pasti akan menjemput saya.... saya selalu berpesan kepada org sekeliling saya... kalu saya pergi dulu janganlah sedeh jika diatas pemergian saya ini... ini semua adalah ketentuan oleh Allah S.W.T sejak azali lagi.... semperna bulan yang penuh barakah ini saya ingin memohon ampun dah maaf andaikata tersalah cakap, tersalah tulis serta perbuatan saya yang membuatkan anda semua terguris, terasa serta terpedih hati ampunkan saya, maafkan saya..... Selamay Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin... "kullu sanah antum Toiibah"... Assalamualaikum....

Hadith...

Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat kepada kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Al Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."

Riwayat: Abu Daud dan Tirmizi

Mutiara Kata

Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Wednesday, September 16, 2009

Kisah Pada 120909

Salam Kembali...... Sabtu 120909.... Ari neh da test CyberLaw so far semuanya ok la... sbb test open book heheheeee mmg best... lepas test kita org lepak kat lobby unikl..timbul cadangan tuk tengok wayang cite games... aku pown dah busan sngat on jer laaaa.... nak drive jlan sesak jam... afiq cakap naik monorail jer laa... bila pikiaq balik ok jgak... sesak ngan manusia xpa lg drpd sesak ngan keta... kita org pown p laa time square.... sampai kat sana izat bli tiket aku ngan afiq lepak kat tepi laaa... nak bli popcorn pown xbleh sbb bulan puasakn skrg heheheee... dok tgah nunggu izat bli tiket, skali Ct.F msg laaa... xper laaa ku pown layan laaa... skali dia ckap nak mai jga time square jga ngan mber dia... xper laaa dlm hati harap2 dapatla jumpa dia kat time square... klu x dpt jumpa pown xper.. bla dah selesai tengok, kami pown kuaq laaa... afiq ckap diorg nak bli mkn kat nando's untuk bebuka.... so aku pown ikut laa diorg... skali Ct.F msg, dia ckap dah smpai time square skrg tgh memilih kat tingkat 4, masa tu kami kat tgkat 3... xper laa ku ckap kat afiq n izat yang aku nak jump Ct.F.. diorg cakap xper laa.. pergi laaaa.. kami paham.. heheheee.. apa yang diorg paham pown ku xtau.. so ku tinggal la diorg berdua... lpas tu ku cari ATM, dompet ku kering laaa... lepas tu aku naek laa tingkat 4 n cari mana laaa Ct.f ku neh... cari punya cari, aku jumpa laa dia dok tunggu kat dpn kedai ape tah nama x ingat laa... so ku teman laa diorg bjlan2 shopping, pusing sana, pusing sini.... dari time square pastu kami p sungei wang pastu masuk BB....skali dah dekat waktu bebuka laaaa... so kami pown cari laaa tempat tuk bebuka... pergi KFC org penuh, pergi McD org penuh juga... pastu kami pergi kat noor chikens rice... kat situ jer org kurang.. so aper la cari seat jer laaa... lps bebuka kami pown blik... turun monorail kat Medan Tuanku pastu naek keta antaq diorg balik umah..... J best sngat masa tuh… huhuuu

Wednesday, September 09, 2009

Berkorban Demi Cinta

Bermula gemilang cahaya
Petunjuk pimpinan yang Esa
Menempuh jalan hidup di dunia
Cabaran yang silih berganti
Dugaan mematangkan diri
Mengajar erti hidup ini

Berjuang berkorban demi cinta
Suka dan duka suratanNya
Mengenal makna jalan bahagia
Masa yang silih berlalu
Semakin hampir saat itu
Ya Tuhan tunjukkan
Moga selamat bersamaMu

Biarpun bersama kekurangan
Namun bersyukur kurniaan Tuhan
Iman di hati sabar menjadi pemujuk diri
DenganMu ku punyai segala
Tak kan beruntung seisi dunia
Limpah kurniakan petunjuk bantuan
Tempuh hari yang mendatang

Semoga?
Sisa hidup ini tak kan terbuang lagi
Setiap detik masa dalam amalan jua
Jangan dipisahkan denganMu kebahgiaan

Semoga dengan ini jambatan menemui
Cinta yang sejati
Itu yang abadi

Berjuang mencari iman taqwa
Perisai menempuh pancaroba
Penentu tempat rahmat bahagia
Seiring teman dan saudara
Pimpinan tauladan baginda
Ya Tuhan bantulah
Moga selamat selamanya

-Nasyid Hijjaz-
Lagu : Kamal Halim (Al-Mansur Productions)
Lirik : Kamal Halim (Al-Mansur Productions)
Susunan Muzik : Kamal Halim
Penerbit : Kamal Halim
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

Ramadhan Ya Ramadhan...

Sedar tak sedar kita sudah hampir 2 minggu lebih kita telah berpuasa dibulan yang penuh keberkatan lagi mulia ini iaitu Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Nabi s.a.w. bersabda; "Apabila Ramadhan telah datang maka dibukakan pintu rahmat, dikunci Neraka Jahanam dan dibelenggu semua syaitan." - Sahih Muslim

Hayatilah lirik nasyid ini……

Sunday, September 06, 2009

Pagi ahad yang ceria

Salam semua slamat pagi..... waktu skrg 0705 pagi waktu tempatan dan bersamaan 0205 pagi waktu Makkah….. hmmm pagi neh sejuk sangat coz smalam ujan lebat ngan angin kuat skali waaa mmg best laa tdo, hingatkn dah xterjaga sahur dek kerna sedap tdo. Skali terjaga laa plak, xper la at least bleh laa minum sket. Dlm kul 430 td ku terjaga and than bangun cuci muka gosok gigi n terus bancuh air kopi radix, biasa laa routine pagi2 masa sahur.. nak mkan roti rasa mcm kenyang lg, so ku makan kurma jer laa... Ku makam kurma 4 biji (kurma madu 2 biji kurma safia 2 biji) emm perut dah rasa kenyang.. Ingat nak tggu azan subuh, skali tertido laaa plak, sejuk sangat. Nasib baik dah pesan kat aji, klau ust tertido tlg kejutkn... Pukul 615 bangun pusing2 1 umah nampak epul solat subuh dah nak abis, trus amik wudhuk and than solat.... lpas jer solat msuk bilik terus on laptop n on9. Smlm masa msg ngan Ct.F dia tanya cmner sy bela ikan kat dlm blog neh, so dia mnta sy masukkn dlm blog dia, sbb dia xbrapa reti, so td sy masukkn laa... agak lama jga laa msg ngan Ct.F smlam gumbira sangat mehehe J… hmpir kul 2 jga laa kmi msg…..

Saturday, September 05, 2009

Hening pagi yang mendamaikan

30 August 2009… Emm alangkah nikmatnya pg neh, ujan plak tuh bertambah laa nikmat tido hahahaha. Tetiba enset bunyi plak, ahhh tensen tul pepagi dak da org nak kacau baru pukul 730 pagi laa emmm. Ku angkat skali pksdara ku laaa….


Njang: “bang satg hang p tengok pukat ikan njang kna p skolah ni da class gnti”.

Ku: “wokeh, njang boh brapa kpala pukat”.

Njang: “boh 3 kpala nnt p ngan ko’ie k, njang dah bgtau dia”’

Ku: “wokeh bereh”…

Pastu ku call anak nakan pupu ku plak koie,,

Ku: “salam, koie jom angkat pukat, njang call hang x td”.

Koie: “wsalam, paklang, koie da kat umah nek dah nie mai la cni”.

Ku: “ bereh,,,,”


Dok sat xsempat nak tukaq baju tok ku plak call..

Siti: “abg p angkat pukat, nnt tkot ikan mati sayang plak”.

Ku: “wokeh, nnt chek p, xsat dah tepon koie ajak p skali”.

Siti:” haa dia da kat cni mai la cepat”.

(‘siti’ panggilan aku kat tok aku, ‘siti’ tu bahasa arab yang bermaksud tok)

So bla dah tukaq seragam, p laaa umah siti, pastu ajak koie trus p sungai…. Mak oiiii ayaq naek kaa, bah dah neh.. atas batas ban pown dah naek ayaq. Pukat tu tahan kat dalam bendang, ayaq kat pinggang..

batas ban yang dinaiki air bah (banjir)

ngan ank nakan pupu (koie) dlm bendang (sawah)

koie, aku, paksdara (njang)

ikan puyu jer yg sempat snap yang lain dah siang buat gulai n msk kasem

Dapat byak jga laa ikan, antara ikan yang dapat ikan keli, ikan haruan, ikan puyu, ikan sepat benua and ibu ikan(ikan lampam), mmg best.. sejuk wehhhh… dah la masa kutip ikan tu ujan trun, emmm sonok sangat…..

Kisah di pagi sabtu

29 Ogos 2009… Sari berita penting jeng….jeng….jeng…..hehee macam p’berita plak, hehehe ari neh sy balik kg, emm sronok sangat sbb bleh jmpa kluarga n bleh bebuka ngan kluarga hehehee….yer laaa rasanya baru 2x kot ku bebuka n sahur ngan kluarga, first n second puasa, mana taknya ku kan stdy kat KL so paham2 jer laaa, balik cuti sabtu ahad jer laaa. Ok bebalik pada cite asal ku, tiket bus aku pada ari neh 12.00 tghari naek kat pudu, emmm ok la 2 klu smpai kedah dah bleh bebuka so xdak masalah laa(dlm ati) planningnya nak suruh halim antaq skali dia nak balik pahang awal laaa tp xper talian hayatku da lagi… so ku call afiq, dia kata ok bleh antaq xdak masalah….(mlm sblm kjadian). Bangun jer pg tuh ku kemas barang, kemas umah sket2 mklumlaa nak tinggal umah 2 ari hehee… jam dah kat kul 1030 so ku call afiq tanye dia kat ner, skali dia kata kat cmpus lg laa, xper laa tggu jer laa.. pastu kul 11, afiq smpai dia tggu kat esso dpn flat. On d way nak p pudu, mak aiii sket punya terok jam.. ingat nak ikot jalan tgku abdrahman skali jam nak mampus dah laa kul 1130 dah masa tuh, pastu pusing ikut jalan dataran harap2 xjam laa, skali sama jaa,, hairan aku ngan afiq masa tuh naper ekk jam sangat,,, so masing2 ingat org nak shopping tuk raya kot, ah biarkan diorg jnji ku sempat sampai kat pudu sblm kul 12. Masa kat situ pown dah dkat 15 minit emm. “ust t sy rasa kna trun naek train laa kat msjid jamek sy tkot xsempat jam sangat neh nnt terlepas bus plak” kata afiq. Emm tul juga, baeklah ku pown xkisah dah dkat kot msjid jamek ngan pudu, so smpai kat msjid jamek ku trun n amik tiket train, skali tggu lama laa plak dah laa masa tu kul kul 1150 ahhhh tensen ku, skali ku kluaq balik trus jer ku berlari dr msjid jamek ke pudu, tiket td burn laa, ahhh 2 blkg kira jnji xterlepas bus. Bila dah smpai kat pudu, ku tnya kat kaunter, diorg ckat bus xsmpai lg, ahhh slamat ku, rehat tepi jap termengah2 ku dek kerna lari td. Tggu smpai 1230 bus xsmpai lg, “ishhh mana neh dah stgh jam xkn xsmpai lg kot, ku p tanya kat kaunter diorg ckap bus tayar bocor laa plak... than diorg suruh naek bus yang pergi ipoh, tukar kat duta naek bus yang pergi aloq star. Xcakap banyak trus naek bus relax, ahhh nikmat rasa dpt rehat badan. Bus pown jalan, smpai jer kat duta ku pown trun and than naek bus yang pergi astar plak. Dah naek bus apa lg tdo jer laaa hehehe before that msg dlu ngan Ct.F J huhuhu... Sampai kedah ku turun kat dataran gurun and than ayah ku mai amik trus balik umah.....

Muqaddimah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.....

Salam Ramadhan buat semua, emm rasanya dah lama saya xupdate blog neh, biasa laa sibok sket sjak keblkgan nie, yer laa student da jer yang nak kena buat huhuhu…. Cite yang minggu lepas n 2 minggu lpas pown xsempat nak post kat blog neh, citenya dah karang, cuma save kat laptop jer, emm xtau la naper xpost hehehee, t saya postkn yer J……

Hadith...

Dari Abu Hurairah R.A bahawa Nabi S.A.W. bersabda: "Di dalam bulan Ramadhan umatku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya:

1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.

2. Para malaikat selalu meminta keampunan untuk mereka hingga mereka berbuka.

3. Setiap hari Allah menghias syurga Nya sambil berkata, 'Hamba-hamba Ku yang saleh ingin melepas beban dan penderitaannya dan mereka rindu untuk memasukimu.'

4. Pada bulan ini diikatlah syaitan-syaitan yang derhaka sehingga mereka tidak berleluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lain.

5. Mereka diampuni oleh Allah SWT pada malam yang terakhir dari bulan itu. Para sahabat bertanya, 'Wahai Rasulullah, apakah itu malam Lailatul Qadar?' Beliau menjawab, 'Tidak, kerana orang yang bekerja itu akan dipenuhi upahnya manakala sudah menyelesaikan pekerjaannya.'

(Hadith Riwayat Ahmad)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...