Setiap orang ingin bahagia dalam hidupnya dan selalu mencarinya. Namun, tidak ramai yang mengetahui apa yang dapat membuat dirinya bahagia. Bagi orang yang cintakan harta, mereka menyangka bahawa dengan banyak harta dia akan bahagia. Padahal dia salah. Dia tidak tahu bagaimana caranya bahagia.
Begitu pun orang yang datang ke pengajian. Dia mencari kebahagian dengan datang ke majlis ta'lim kerana menganggap bahwa dengan ilmu dan dzikir, dia akan bahagia. Jadi, beragam cara yang dilakukan orang untuk bahagia. Dunia, dan seluruh isinya diperintahkan Allah untuk membahagiakan kita.
Kalau dirumuskan, orang yang paling bahagia sama dengan orang yang paling kukuh imannya. Orang yang belum yakin kepada Allah, akan berat hidupnya. Jadi, bahagia berbanding lurus dengan kekuatan iman. Sebagaimana yang pernah disabdakan Rasulullah S.A.W, bahwa orang yang beriman adalah makhluk ajaib. Dia tidak pernah rugi. Jika mendapat kesenangan, bersyukur. Jika mendapat musibah, bersabar.
Demikian pula makin kukuh imannya, akan semakin bagus pula akhlaknya. Dia tidak akan sembarangan berperilaku, tidak bertindak tanpa berfikir. Iman yang kuat akan melahirkan akhlak yang baik, begitu juga prestasi terbaik.
Pupuk iman adalah ilmu. Dan ilmu akan semakin berkah jika diamalkan. Apalagi jika diamalkan dengan ikhlas, itulah rumus menjadi bahagia. Janji Allah kepada orang seperti ini adalah dia akan diberikan jalan keluar, dan dicukupi keperluannya dari jalan yang tidak disangka-sangka.
Satu lagi ciri orang yang bahagia adalah tingkat tawakalnya yang luar biasa kepada Allah. Semakin kuat tawakal akan keyakinan seseorang, tentu Allah semakin mudah menolongnya. Jadi, untuk menjadi orang yang bahagia, kita harus berani introspeksi diri.
Sejauh mana kita gigih mencari ilmu. Sejauh mana pula kita mengamalkan setiap ilmu yang kita dapatkan. Dan, sejauh mana tingkat keikhlasan dan tawakal kita kepada Allah. Semuanya terpulang pada diri kita sendiri.
insyallah.. semoga kita tergolong d kalangan orang y bahagia dan berjaya dunia dan akhirat..
ReplyDeleteaminn...
insyaAllah Amin.....
ReplyDelete