.:: INFO ::.
Tuesday, February 21, 2012
Thursday, February 16, 2012
Membahagiakan anak dan penebus dosa
Salam Sahabat,
Dalam suatu riwayat ‘Ali bin Abi Thalib r.a. menerangkan, pada suatu hari ada seorang lelaki menghadap Rasulullah, seraya berkata, “Ya Rasulullah, sungguh aku telah melakukan perbuatan maksiat. Aku minta kepadamu agar berkenan memohonkan ampunan kepada Allah.”
Rasulullah SAW. balik bertanya, “Apakah maksiat yang telah engkau lakukan?”
Si lelaki menjawab. ‘Ya Rasulullah, aku sangat malu untuk mengatakannya padamu.’
Rasulullah SAW. kembali bertanya, “Mengapa engkau malu untuk mengatakannya kepadaku tentang maksiat yang engkau lakukan, sementara engkau tidak merasa malu kepada Allaah ketika melakukannya. Padahal Allah Maha Mengetahui atas segala sesuatu?”
Sunday, February 05, 2012
Cerai Taklik
Definasi
Cerai taklik diertikan sebagai menggantung terjadinya cerai dengan berlakunya sesuatu yang perkara digantungkan, tanpa mengira perkara yang digantungkan itu berhubung dengan kelakuan manusia atau pun sebaliknya.
Daripada definasi tersebut maka jelaslah bahawa cerai taklik ialah satu bentuk perceraian yang bertujuan menceraikan isteri pada masa hadapan dengan menggunakan lafaz syarat ( إن ) bermaksud sekiranya atau ( إذا ) bermaksud ketika dan perkataan lain yang seumpamanya.
Hukum Perceraian Taklik