.:: INFO ::.

ANNOUNCEMENT...... Tujuan blog ini adalah untuk saling ingat-memperingati antara satu sama lain sahaja. Jauh sekali untuk mengata atau mengutuk.... HARAP MAKLUM!!!!!!

Sunday, February 05, 2012

Cerai Taklik

Definasi

Cerai taklik diertikan sebagai menggantung terjadinya cerai dengan berlakunya sesuatu yang perkara digantungkan, tanpa mengira perkara yang digantungkan itu berhubung dengan kelakuan manusia atau pun sebaliknya.

Daripada definasi tersebut maka jelaslah bahawa cerai taklik ialah satu bentuk perceraian yang bertujuan menceraikan isteri pada masa hadapan dengan menggunakan lafaz syarat ( إن ) bermaksud sekiranya atau ( إذا ) bermaksud ketika dan perkataan lain yang seumpamanya.

Hukum Perceraian Taklik

(Jumhur Fukaha` termasuk Ibn Jarir, Ibn Rushd, al-Tabari)

Cerai taklik adalah sah, tanpa mengira lafaz tersebut benar-benar bertujuan menceraikan isteri atau taklik berupa sumpah yang bukan bertujuan menceraikan isteri. Ia adalah lafaz semata-mata yang bertujuan untuk menghalang isterinya daripada melakukan perkara yang tidak disukai oleh suami atau ia bertujuan untuk mendisiplin isteri

(Mazhab al-Zahiri dan Syiah Imamiyyah)

Perceraian secara taklik adalah tidak sah, sama ada sesuatu taklik yang dilafazkan itu bertujuan untuk menceraikan isteri ataupun yang berbentuk sumpah. Oleh itu lafaz tersebut tidak menggugurkan talak dalam apa hal sekali pun.

(Ibn Taymiyyah dan Ibn Qayyim)

Golongan ini membezakan antara taklik yang bertujuan menceraikan isteri dengan taklik yang berbentuk sumpah. Taklik yang bertujuan untuk menceraikan isteri akan mengugurkan talak dan taklik yang berbentuk sumpah tidak menggugurkan talak.

Pendapat ini telah diterima pakai oleh kerajaan Mesir setelah tergubalnya Undang-undang Keluarga Islam Mesir pada tahun 1929

Pendalilan

(Dalil Jumhur Ulamak)

1. Al-Quran, firman Allah S.W.T

Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman sempurnakan janji-janji kamu.

Daripada ayat tersebut mereka berpendapat uqud dalam ayat tersebut mempunyai pengertian yang luas, dan ia juga merangkumi janji menceraikan isteri dengan berlaku sesuatu perkara yang dijanjikan atau ditaklikkan.

2. Al-Sunnah. Sabda Nabi S.A.W

Bermaksud: Orang-orang Islam terikat dengan janji-janji mereka.

Ini bermaksud seorang suami terikat dengan dengan taklik yang lafazkan.

3. Akal

Kuasa talak sepenuhnya berada di tangan suami sepenuhnya. Oleh itu mereka bebas menceraikan isteri secara serta merta atau pun dengan cara bertaklik pada masa hadapan.

4. Fatwa sahabah

Perceraian secara taklik pernah berlaku pada masa sahabi dan mereka memfatwakan dengan jatuh talak sekiranya berlaku perkara yang ditaklikkan.

(Dalil Mazhab Kedua)

Taklik tidak menggugurkan talak kerana taklik adalah sebagai sumpah, dan bersumpah selain daripada nama Allah S.W.T tidak diharuskan. Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud: sesiapa yang bersumpah, maka janganlah ia bersumpah melainkan dengan nama Allah S.W.T.

Oleh itu taklil ysng dilafazkan oleh suami untuk menceraikan isteri tidak menggugurkan talak kerana ia bersumpah bukan dengan nama Allah S.W.T.

(Dalil Mazhab ketiga)

Golongan ini berpegang dengan fatwa sahabat yang mengatakan gugur talak sekiranya sesuatu taklik itu bukan berbentuk yamin iaitu bertujuan untuk menceraikan isteri, tetapi tidak gugur talak sekiranya sesuatu taklik itu berbentuk yamin.

Kesimpulan/tarjih

Daripada ketiga-tiga pendapat di atas didapati pendapat golongan pertama adalah lebih kuat berbanding dengan pendapat golongan kedua dan ketiga.Ini bertepatan denga hadis Rasulullah S.A.W bermaksud: Tiga perkara tetap berlaku sama ada diucapkan secara bersungguh-sungguh atau secara bersungguh-sungguh atau secara senda-senda, iaitu kahwin, talak dan memerdekakan hamba.

Kedah

Lafaz talak taklik yang baru di Kedah berbunyi:

“Adalah saya (nama suami) dengan ini bertaklik, jika :

(1) Saya tidak berma'syarah yang ma'ruf dengan isteri saya (nama Isteri) sama ada saya meninggalkan di dengan segaja atau paksaan atau dia meninggalkan saya dengan paksaan selama empat bulan qamariah berturut-turut atau lebih atau;

(2) saya atau wakil saya tidak memberi nafkah kepadanya selama empat bulan berturut-turut atau lebih dan dia tidak disabitkan nusyuz oleh mana-mana mahkamah syariah atau:

(3) saya melakukan sebarang mudharat kepada tubuh badannya, penganiayaan atau lain-lain darar syarie terhadapnya, dan apabila dia mengadu kepada khadi atau hakim syarie dan sabit aduannya disisi khadi atau hakim syarie dan ia memberi kepada khadi atau hakim syarie bagi pihak saya sebanyak sepuluh Ringgit Malaysia atau senilai dengannya maka pada ketika itu tertalaklah dia (nama Isteri) dengan satu talak khuluq.”

p/s: saya org kedah dan bakal isteri saya pon org kedah so sy letak yg kedah jer laa heheee…… :D

* untuk lafaz taklik negeri-negeri lain, boleh rujuk kat sini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...