Andainya esok aku tiada lagi.
jangan sesekali kau basahkan pipi mu
jangan sesekali kau biaskan sedih mu
jangan sesekali kau hancurkan hidup mu
Andainya esok aku tiada lagi.
jangan kau ungkit tentang buruk ku
jangan kau cerita tentang jahat ku
jangan kau kabarkan tentang duka duka itu
Andainya esok aku tiada lagi.
biarkan cerita itu berlalu
biarkan senyum ku kau lupa kan
biarkan sedih ku kau buang
biarkan resah hati terkubur
biarkan rindu itu mengembara
Andainya esok aku tiada lagi.
anggap lah kita hanya pengembara
mencari erti mimpi
menaksir erti rindu
dan menilai sekeping hati
lalu kita jatuh
Andainya esok aku tiada lagi.
jangan lagi kau hitung bintang2 itu
jangan lagi kau renung pada bulan
jangan lagi kau rasai desir ombak
dan angin salju yang dingin
Andainya esok aku tiada lagi.
maafkan lah
atas kesalahan ku yang lalu
atas rasa bersalah ku pada mu
atas perlakuan ku pada mu
atas sepi hati seorang pengembara
yang mengembara di tanah gersang
kerana itu ada lah cerita cerita
~~Sesiapa shj mengenali diriku..andai esok aku tiada maafkan daku~~
No comments:
Post a Comment