Benarkah jika cantik maka pasti membahagiakan? Siapa pula kata yang hodoh tidak membahagiakan?
Orang yang cantik, kuat cerewetnya banyak pula perangainya? Orang yang tidak cantik, tidak pada perangai? Anda lebih tahu berdasarkan pengalaman hidup anda masing-masing.
1. Imam Ahmad mengatakan: "Seandainya seorang lelaki mahu melamar seorang wanita, pertama-tama sekali hendaklah menanyakan kecantikannya. Jika dia memang cantik, hendaklah dia menanyakan tentang agamanya. Jika ternyata agamanya juga baik, maka silakanlah menikahinya. NAMUN, jika agamanya TIDAK BAIK, maka dia menolak wanita itu kerana agama bukan kerana persoalan cantik atau tidak." (ruj: Syarh Muntaha al-Iradah)
2. Cantik sememangnya subjektif pada mata yang berlainan dan citarasa yang berbeza. Cantik pada takrifan Nabi SAW: "Sebaik-baik wanita adalah yang jika engkau memandangnya membuatmu rasa senang, dan jika engkau menyuruhnya (akan sesuatu hal, nescaya) dia taat kepadamu." (HR Abu Dawuud dari Abu Hurairah)
3. Lebih baik yang tak cantik dari cantik andai agamanya tempang:-
"Janganlah kamu berkahwin dengan perempuan kerana kecantikannya, barangkali kecantikannya itu akan memperhodohkannya. Janganlah kamu mengahwini perempuan kerana hartanya, kemungkinan kekayaannya itu akan menyebabkan derhaka. Akan tetapi kahwinlah dengan perempuan kerana agamanya. Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama, itu adalah lebih baik bagimu.” (Riwayat Abdullah bin Humaid).
Wallahu a’lam
No comments:
Post a Comment