.:: INFO ::.

ANNOUNCEMENT...... Tujuan blog ini adalah untuk saling ingat-memperingati antara satu sama lain sahaja. Jauh sekali untuk mengata atau mengutuk.... HARAP MAKLUM!!!!!!

Tuesday, June 25, 2013

Moh kite....

Layan petang2 dikala keja banyak kat apis neh.....

Bersua Kembali


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Apa kabar kalian semua..alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurniaNYA dapat kita bersua kembali setelah sekian lama terpisah dek kerana ketiadaan masa untuk saya mengarang di sini.

Sekarang saya berpindah ke Pusat Bandar Bertam Perdana, mencari rezeki untuk anak isteri..alhamdulillah syukur sbb dekat dengan keluarga..walaupon duduk dalam 1 negeri tapi masih berjauhan sebabnya isteri berkerja disebelah pulau manakala saya sebelah tanah besar..apa2 pon alhamdulillah juga sebabnya tak payah saya dok berulang-alik 400KM macam dulu 2minggu skali...masa dan duit habis begitu saja..tapi xkisah laaa asbabnya balik kampung jumpa mak, ayah, anak & isteri...

InsyaAllah kalau ada masa lagi kita bersua yer....

Wassalam.............

Monday, April 22, 2013

Bisikan hati seorang insan

Di sini ku mencari.....
siapa diri..apakah hati....
ku selak dosa semalam...
ku selongkar jauh....
jauh seiring usiaku....
Ya Allah.....
ternyata.....
terbentang luas....
terlayar penuh penyesalan...
dosa2 semalam membawa erti....
kini ku kenali sekeping hati ini...
ku fahami diri ini......
seorang hambaMu penuh dosa...

Menjadi pendengar yang baik

Menjadi pendengar yang baik adalah segala-galanya bagi memulakan komunikasi yang berkesan. Cuba perhatikan kehidupan seharian anda. Cuba perhatikan mereka disekeliling anda. Anda akan dapati jumlah mereka yang benar-benar menjadi pendengar yang baik adalah terlalu sedikit. Kajian menunjukkan mereka yang berjaya dalam hidup hampir semuanya merupakan pendengar yang baik. Kerana tidak menjadi pendengar yang baik, maka anak-anak anda bermasalah. Faktor ini juga penyebab keretakan dan pergaduhan rumah tangga. Anda juga mungkin tidak begitu disenangi oleh mereka disekeliling anda hanya kerana faktor yang sama.
Terdapat dua sebab utama kenapa anda mesti mengetahui rahsia untuk menjadi pendengar yang baik. Pertamanya anda mempelajari apa yang anda tidak ketahui hanya setelah anda sanggup mendengar. Kedua, manusia hanya mengutamakan mereka yang menjadi pendengar yang baik.

Mutiara kata

Imam Hassan Al Banna berkata : "Kamu adalah roh baru yang mengalir di dalam tubuh manusia dan ia akan menghidupkan umat ini dengan Al-Quran. Kamu adalah cahaya baru yang bersinar, yang menyingkap tabir kegelapan materialisma dan menggantikannya dengan makrifatullah. Kamu adalah suara yang menggema tinggi dan sentiasa menyenandungkan dakwah Rasulullah s.a.w"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...