"I don't sit on top of a mountain and get these visions of what we ought
to do, I have to find out from other people. I have to do a lot of listening".
- Richard C. Buetow -
Director of Quality, Motorola Inc.
Mereka yang telah berjaya seperti Buetow juga mengambil langkah untuk menjadi pendengar yang baik bagi membentuk matlamat syarikatnya. Dia tahu bila dia perlu memperkatakan sesuatu, dan bila pula masanya untuk diam dan menjadi pendengar yang baik.
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil untuk anda menjadi pendengar yang baik:
1. Dengar dengan teliti apa yang sedang diperkatakan.
2. Berikan perhatian sepenuhnya.
3. Berikan 'eye-contact'. Lihat tepat kedalam anak matanya.
4. Anggukkan kepala sebagai tanda gerakbalas anda.
5. Ikuti perbualannya dengan berkata, "ya.... ya.. aha".
6. Cuba selami perasaan orang yang sedang bercakap dan hayati ceritanya.
7. Ubah mimik muka anda seiring dengan perkara yang dipertuturkan. Misalnya, jangan pula sesuatu perkara yang sepatutnya anda terkejut tetapi anda buat tidak tahu pula.
8. Elakkan dari mengkritik.
9. Jangan menyampuk dan memotong cerita yang belum selesai.
10. Susuli dengan soalan-soalan sebagai tanda yang anda memang mendengarnya dengan penuh minat.
11. Ulangi apa yang dibicarakan sebagai tanda anda faham atau untuk memastikan apa yang anda fahamkan itu betul.
Anda perlu mempraktikkan kaedah yang diberi di atas setiap hari sehingga ia mula menjadi tabiat baru anda. Perhatikan bagaimana mereka disekeling anda mula mengutamakan anda. Anak-anak mula mahu meluahkan perasaan dan berbincang. Suami atau isteri mula mahu lebih berinteraksi. Rakan-rakan mula menjadikan anda teman karibnya. Orang bawahan anda mula menghormati anda sebagai ketua. Begitulah berkuasanya bila anda mahu menjadi pendengar yang baik.
Sumber
No comments:
Post a Comment