.:: INFO ::.

ANNOUNCEMENT...... Tujuan blog ini adalah untuk saling ingat-memperingati antara satu sama lain sahaja. Jauh sekali untuk mengata atau mengutuk.... HARAP MAKLUM!!!!!!

Monday, April 22, 2013

Bisikan hati seorang insan

Di sini ku mencari.....
siapa diri..apakah hati....
ku selak dosa semalam...
ku selongkar jauh....
jauh seiring usiaku....
Ya Allah.....
ternyata.....
terbentang luas....
terlayar penuh penyesalan...
dosa2 semalam membawa erti....
kini ku kenali sekeping hati ini...
ku fahami diri ini......
seorang hambaMu penuh dosa...

Menjadi pendengar yang baik

Menjadi pendengar yang baik adalah segala-galanya bagi memulakan komunikasi yang berkesan. Cuba perhatikan kehidupan seharian anda. Cuba perhatikan mereka disekeliling anda. Anda akan dapati jumlah mereka yang benar-benar menjadi pendengar yang baik adalah terlalu sedikit. Kajian menunjukkan mereka yang berjaya dalam hidup hampir semuanya merupakan pendengar yang baik. Kerana tidak menjadi pendengar yang baik, maka anak-anak anda bermasalah. Faktor ini juga penyebab keretakan dan pergaduhan rumah tangga. Anda juga mungkin tidak begitu disenangi oleh mereka disekeliling anda hanya kerana faktor yang sama.
Terdapat dua sebab utama kenapa anda mesti mengetahui rahsia untuk menjadi pendengar yang baik. Pertamanya anda mempelajari apa yang anda tidak ketahui hanya setelah anda sanggup mendengar. Kedua, manusia hanya mengutamakan mereka yang menjadi pendengar yang baik.

Mutiara kata

Imam Hassan Al Banna berkata : "Kamu adalah roh baru yang mengalir di dalam tubuh manusia dan ia akan menghidupkan umat ini dengan Al-Quran. Kamu adalah cahaya baru yang bersinar, yang menyingkap tabir kegelapan materialisma dan menggantikannya dengan makrifatullah. Kamu adalah suara yang menggema tinggi dan sentiasa menyenandungkan dakwah Rasulullah s.a.w"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...