Ada seorang perempuan tua yang taat beragama,
tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama
dan tidak mahu berbuat kebaikan.Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap
kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa
didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan
sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik
Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah." Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia
berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu
hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan
bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan
isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata,
"Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di
tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan
oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit
tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu
memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan
kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan
duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat
dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca,
"Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar
malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu
kepada suaminya kembali.
No comments:
Post a Comment