.:: INFO ::.

ANNOUNCEMENT...... Tujuan blog ini adalah untuk saling ingat-memperingati antara satu sama lain sahaja. Jauh sekali untuk mengata atau mengutuk.... HARAP MAKLUM!!!!!!

Wednesday, April 30, 2014

Masalah Sakit Kepala, Pening & Hidung Berdarah


1.  Sakit kepala boleh dihilangkan dengan cara, ambil sebiji kecil bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman, tetapi ia akan mengelupas dalam masa 2-3 hari.

2.  Sekiranya hidung anda berdarah, titiskan campuran cuka dan air mawar. Amalkan dan penyakit ini tidak akan berulang.
3.  Amalkan petua ini sekiranya kepala anda terasa pening. Ambil sebiji bawang merah yang besar dan lima biji bawang putih, hancurkan sehingga lumat dan campurkan secamca besar madu. Kemudian lumurkan pada kulit kepala dan urut lembut. Balut kepala dengan tuala suam. Biarkan semalaman dan pening akan hilang.


4.  Ada cara yang paling mudah untuk menghilangkan sakit kepala. Ambil daun lemuni (batang yang lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan kedalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan anda pasti akan berasa segar serta ringan kepala.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...