Pada zaman
dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram.
Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri
wajahnya.
"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik
dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau
dan bersedih hati."
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan
lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku? Demi Allah aku tetap
terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun
yang menyekutuinya aku dalam hal ini."
Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang
merisaukanmu?"
Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika
suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang
anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku
bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada
adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah
menyembelih kambing?"
Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya
leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut
keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu
ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku
letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju
ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air
panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar
kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh
pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di
antara mereka semua."
Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah
kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"
Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang
dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara
keduanya ada jalan yang berzeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir,
maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya
tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat
dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus
dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap
terkena musibah dan dugaan dari Allah.
Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman
Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
"Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin,
jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga
baginya."
Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk
oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,: "
Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan
menghina nasab orang."
Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk
kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat,
maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat
oleh Imam Majah)
Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang
sabar dalam menghadapi segala musibah.
No comments:
Post a Comment