Pada suatu hari Uqa'il bin Abi Thalib telah pergi
bersama-sama dengan Nabi Muhammad S.A.W. Pada waktu itu Uqa'il telah melihat
peristiwa ajaib yang menjadikan hatinya
tetap bertambah kuat di dalam Islam dengan sebab tiga perkara tersebut.
Peristiwa pertama adalah, bahawa Rasulullah S.A.W akan mendatangi hajat yakni
mebuang air besar dan di hadapannya terdapat beberapa batang pohon. Maka
baginda S.A.W berkata kepada Uqa'il, "Hai Uqa'il teruslah engkau berjalan
sampai ke pohon itu, dan katalah kepadanya, bahawa sesungguhnya Rasulullah
berkata; Agar kamu semua datang kepadanya untuk menjadi aling-aling atau
penutup baginya, kerana sesungguhnya baginda akan mengambil air wuduk dan buang
air besar."
Uqa'il pun keluar dan pergi mendapatkan
pohon-pohon itu dan sebelum dia menyelesaikan tugas itu ternyata pohon-pohon
sudah tumbang dari akarnya serta sudah mengelilingi di sekitar baginda S.A.W
selesai dari hajatnya. Maka Uqa'il kembali ke tempat pohon-pohon itu.
Peristiwa kedua adalah, bahawa Uqa'il berasa haus
dan setelah mencari air ke mana pun jua namun tidak ditemui. Maka baginda S.A.W
berkata kepada Uqa'il bin Abi Thalib, "Hai Uqa'il, dakilah gunung itu, dan
sampaikanlah salamku kepadanya serta katakan, "Jika padamu ada air,
berilah aku minum!"
Uqa'il lalu pergilah mendaki gunung itu dan
berkata kepadanya sebagaimana yang telah disabdakan baginda itu. Maka sebelum
ia selesai berkata, gunung itu berkata dengan fasihnya, "Katakanlah kepada
Rasulullah, bahawa aku sejak Allah S.W.T menurunkan ayat yang bermaksud :
("Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu beserta keluargamu dari
(seksa) api neraka yang umpannya dari manusia dan batu)." "Aku
menangis dari sebab takut kalau aku menjadi batu itu maka tidak ada lagi air
padaku."
Peristiwa yang ketiga ialah, bahawa ketika Uqa'il
sedang berjalan dengan Nabi, tiba-tiba ada seekor unta yang meloncat dan lari
ke hadapan rasulullah, maka unta itu lalu berkata, "Ya Rasulullah, aku
minta perlindungan darimu." Unta masih belum selesai mengadukan halnya,
tiba-tiba datanglah dari belakang seorang Arab kampung dengan membawa pedang
terhunus.Melihat orang Arab kampung dengan membawa pedang terhunus.
Melihat orang Arab kampung itu, Nabi Muhammad
S.A.W berkata, "Hendak apakah kamu terhadap unta itu?"
Jawab orang kampungan itu, "Wahai Rasulullah,
aku telah membelinya dengan harta yang mahal, tetapi dia tidak mahu taat atau
tidak mau jinak, maka akan kupotong saja dan akan kumanfaatkan dagingnya
(kuberikan kepada orang-orang yang memerlukan)." Rasulullah S.A.W
bertanya, "Mengapa engkau menderhakai dia?"
Jawab unta itu, "Wahai Rasulullah, sungguh
aku tidak menderhakainya dari satu pekerjaan, akan tetapi aku menderhakainya
dari sebab perbuatannya yang buruk.. Kerana kabilah yang dia termasuk di dalam
golongannya, sama tidur meninggalkan solat Isya'. Kalau sekiranya dia mahu
berjanji kepada engkau akan mengerjakan solat Isya' itu, maka aku berjanji
tidak akan menderhakainya lagi. Sebab aku takut kalau Allah menurunkan
seksa-Nya kepada mereka sedang aku berada di antara mereka."
No comments:
Post a Comment